Willie Whopper

Willie Whopper merupakan watak animasi Amerika Syarikat ciptaan kartunis Ub Iwerks. Siri Whopper merupakan siri kedua dari studio Iwerks yang diterbitkan oleh Pat Powers dan diedarkan menerusi Metro-Goldwyn-Mayer, tetapi hanya bertahan selama dua tahun, dari tahun 1933 hingga 1934.Kartun ini berkisarkan Willie, seorang pemuda yang menceritakan bermacam-macam pengembaraannya yang luar biasa yang dilukiskan dalam layar. Pengalaman menarik sebegini sebenarnya adalah bohong semata-mata, jadi namanya "whopper". Willie mendahului ceritanya dengan ungkapan "Say, did I ever tell ya this one?" (Ha, pernahkah saya ceritakan yang ini?)